Rabu, 14 November 2012

Peluang Pendapatan Secara Online

Kepada pembaca yang berminat,

Disini saya ingin berkongsi peluang-peluang yang ada di internet untuk menambah pendapatan anda seharian. Saya tak mahu memaksa sesiapa, dan kalau anda tak bersetuju dan tak berminat boleh tinggalkan blog ini tanpa sebarang halangan. Saya amat berterima kasih jika komen-komen negatif tidak diajukan disini, kerana blog ini khas untuk orang yang berminat sahaja.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu pendapatan online kepada anda. Saya sebenarnya bukanlah orang yang pakar, tapi saya rasa agak rugi jika tak berkongsi peluang yang ada dengan orang yang betul-betul berminat dan ingin tahu tentang peluang online income ni.

Ok saya nak tanya pernah tak anda dengar dengan Pelaburan Saham? Tentu sekali ada kan, setidak-tidaknya anda pasti ada akaun ASB dan dapat dividen dan bonus setiap tahun :) . Kalau anda ada sangat bagus, dan saya pasti anda memang berminat dengan pelaburan lain jika ada. Sebenarnya saham ni ada macam-macam, yang kita moniter sendiri dan boleh jual setiap hari dengan melihat graf semasa, dan ada juga melalui broker syarikat berdaftar untuk memantau aktiviti saham yang kita telah labur.

Jika anda dapat hadiah tunai RM1000, ape yang anda nak buat? Shopping, makeup kereta, bawa anak berjalan-jalan? Tak salah semua tu, tapi saya lebih suka kalau wang itu digunakan untuk membuat pelaburan sahaja. Sebab pelaburan ni akan menjana wang anda setiap hari, dan keuntungan itu anda boleh gunakan untuk perkara-perkara yang anda tangguhkan tadi.   

Bila nak cerita pasal online income ni? Ok sabar... saya nak cerita ni, sekarang ni saya ada terjumpa dengan pelaburan saham online yang memberi peluang pendapatan setiap hari pada anda dengan modal serendah $10 = RM32 sahaja. Nak tahu lebih lanjut? Sila lihat post seterusnya ;) bagi yang tak berminat, terima kasih kerana membaca coretan saya ni.

Post seterusnya, klik sini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan